Thursday, 24 July 2014

NASI KAPIK SAMBAL NYOR


Resipi Nasi Kapit di Note sebelum ni. Sleke scroll. 

Bahan-bahan untuk Sambal:

A;

Kelapa parut 1 biji (digoreng sampai garing)

B;

5 ekor ikan selayang (rebus ambil isinya)
5 batang serai (hiris)
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 keping gula nisan/ gula melaka
Garam secukup rasa

Cara:

1. Kisar bahan B kemudian an gaulkan dengan kelapa parut yang telah digoreng.
2. Gorengkan semua bahan di atas api sampai kering. Masukkan perasa.Kalau kurang manis tambahkan lagi gula melaka kerana sambal nasi impit lebih sedap jika rasanya sedikit manis.
3. Sejukkan dan kisar dengan kisaran kering agak-agak separuh lumat.
4. Sedia dimakan bersama nasi impit.

Sumber: resepimudahlazat.blogspot.com & fromthekitchentohisstomach.blogspot.com/Nasi Kapit Sambal Nyiur

GULAI KERUTUK CHE BANDING

TQ FB LPKM KLATE

Bahan2:
1 kg daging/1 ekor ayam sederhana ~ potong ikut suka 
2 sudu besar kelapa parut (tak de pun tak pe)
1 biji kelapa (santan 4 gelas iaitu 2 santan pekat dan 2 santan cair) (tuan yang memasak ni guna 200 ml santan kotak dan dilute dengan air menjadikan 4 cawan)
_______________________________________________
Bahan A:
10 ulas bawang merah ~ dihiris 
4 ulas bawang putih ~ dihiris 
3 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga 
10 biji lada hitam 
8 tangkai lada kering ~ dikerat2 
½ sudu teh jintan putih 
1 sudu teh jintan manis 
1 sudu besar ketumbar biji 
½ inci kulit kayu manis (pastikan ketuk2 sikit bagi hancur dlm lesung supaya mudah halus masa blend sebab kayu manis agak keras, tak pun guna cinnamon powder) 
1 batang serai ~ hiris halus 
½ inci lengkuas (mayang halus) 
2 inci halia ~ hiris 
_________________________________________
2 keping asam keping (kecil) 
Garam secukup rasa 
Sedikit gula melaka 
½ cawan minyak jagung 


Cara Menyediakan:
1. Satukan bahan2 A dan dicuci bersih & tos. 
2. Panaskan minyak dah masukkan bahan2 A dalam kuali. 
3. Goreng sampai kekuningan, tutup api dan biarkan dalam minyak & biarkan sejuk sebelum di blend bahan2 tersebut sehingga halus. (kalu blend sekali dengan minyak & tambah sedikit air pun ok) 
4. Gaulkan bahan kisar bersama daging/ayam dan perap sekejap sebelum di panaskan atas api sehingga nampak kering sambil dikacau2. 
5. Masukkan santan, garam, asam dan gula melaka. 
6. Masak sampai pekat & terbit minyak. 
7. Rasakan apa yg kurang mengikut citarasa anda.. 

Sumber: Chef Ayah Aji & mamawandiha.fotopages.comGulai Kerutuk Che Banding

KUIH KATO

C&P DR FB LPKMKLATE. TQ YE.

BAHAN-BAHAN

500g tepung pulut

2 cawan air(bergantung kepada jenis tepung pulut)

1/2 keping gambir (dicampur air panas sedikit)

1 sudu kecil air kapur

sedikit minyak masak

daun pisang untuk mengalas

1/2 cawan beras pulut (basuh,tos dan goreng tanpa minyak sehingga kuning)

1/2 biji kelapa parut (yg muda lebih bagus untuk kuih) dan campurkan secubit garam

2-3 kerek besar nnise(gula merah) + 2 cawan air dan didihkan sehingga nnise cair
kalau pekat tambah air, biar sedang2 saja


Cara-cara:-

1. Satukan tepung pulut,gambir dan air kapur dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil 
gaul adunan hingga menjadi doh seperti membuat onde2 atau puteri mandi. 

2. Sapu minyak pada loyang, alas daun pisang.Letakkan adunan tepung tadi,ratakan dan kukus sampai masak.

3. Gunakan garpu atau lidi untuk menyucuk adunan tadi, jika tidak melekat tandanya kuih dah masak lah..

4. Sejukkan,kemudian potong kecil-kecil sebesar ibu jari tangan,agak2 boleh masuk mulut la.. 

5. Gaulkan bersama kelapa parut tadi didalam pinggan.

6. Taburkan beras pulut goreng, jirus air nisse.. sedia untuk dimakan..






resepi sumbangan Pn.Nonie Supian 




PAJERI NANAS

TERIMA KASIH FB LAUK PAUK/KUIH MUIH KLATE

Bahan
1 biji nenas [potong kecil]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Cara membuat
Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
Masukkan kerisik dan nenas.
Kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk.
Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
Masak hingga kuah pekat dan naik minyak

**Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.

ASAM PEDAS KELATE aka asam rebus

terima kasih fb laukpauk muih klate...


bhn2:
ike kembung, ike kerisi atau apa2 ikan yg disukai
1 ikat daun kesum
1 bunga kantan
8 ulas bwg merah
2 bwg putih
3 biji lada kering
3 biji lada besar
seinci lengkuas
seinci kunyit
seinci belacan
air, grm
asam gelugor

cara2:
-bwg putih, bwg merah, lada kering, lada besar n belacan dimesin sehingga halus.
-masukkan air dale periuk dan masukkan bahn mesin tadi beserta daun kesum n bunga kantan.
-masukkan ikan n asam gelugor
-biarkan sehingga mengelegak..
-boleh hidang
-selamat mencuba
kawe tok ingat la ore klate panggil gapo lauk ni..tp meme sedakk la..irup kuoh dio sedakk..raso supo kuoh lakso pine..ase pedas ko? ase rebus ko? ase pedas klate?

Kerabu perut

bahan2nya :

perut kapet - rebus sapa pok n tinggal sikit airnya.(kalu nok cepat empuk,buh sudu besi dlm puyuk rebus td )
2 ekor ikan selayang bakar atau rebus
3 ulas bwg merah
5 biji lada hitam(nk pedas buh lebih)
1/2 cwn santan pekat
air ase limau nipis atau limau kerat lete (hok peroh dale budu tu)
kerisek (nyor parut digoreng garing n tumbuk halus2, ader yg buat sampai halus jer, ader gk tumbuk sampai jd kerisek betul)
2 butir putir pauh cincang
bunga kantan-hiris halus
tomato dadu, timun, atau kcg panjang (ikut suka)
garam perasa/ gula skit

cara:

- perut dipotong panjang2 n nipis.
  - tumbuk lada hitam sampai hancur, pastuh masukkan bwg merah dan ikan rebus. tumbuk sampai hancur k.
- pastuh gaul semua tuh gn perut td bersama2 santan,air rebusan perut, kerisek, grm, gula, perah air asam limau.
-buhla bunga kantan, kcg panjang, putik pauh, tomato, timun dll yg anda nk tambah.
- pastuh kalo ader sape2 rase nk tamboh pe2..ikut suka la..ni resepi simple jer..
- resepi yg sama jugak buleh buat untuk kerabu pucuk beko, kerabu buah nako, kerabu pucuk ubi kayu, kerabu pucuk paku, kerabu jantung pise..

kerabu perutt..
 TERIMA KASIH FB LAUK PAUK/KUIH MUIH KLATE. SY CNP BYK LG UTK RUJUKAN SY MEMASAK.


Thursday, 3 July 2014

Sambal Terasi

Assalamualaikum
Hari ni nak share smbal terasi yg popular di Indonesia. Mkn dgn ayam bakar ke..sure nasi bertambah-tambah.

A.
10 cili merah & hijau
10 cili api
3 ulas bwg putih.       } potong & goreng 
3 tomato.                      Sampai layu
3 labu bwg besar
Belacan bakar 
Gula garam
B.
Belnd sume & belacan
C.
Tumis dgn minyak sket. Gula garam.

Happy cooking!




Followers